SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB TABIKA PERPADUAN TAMAN ARKED..TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI LAMAN WEB INI

Sunday, 22 July 2012

Hari Lahirku

Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meraikan hari lahir bersama kanak-kanak dalam suasana meriah. Kanak-kanak diberi peluang bergaul dengan rakan sebaya supaya konsep bergaul mesra dapat diterapkan dalam jiwa .  Pergaulan ini dapat diaplikasikan dalam suasana yang lebih besar di suatu hari nanti.

















Bakal-bakal Pewaris Negara



Perkembangan kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diasuh secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang berketrampilan serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Kanak-kanak juga dapat memahami konsep kendiri yang positif. 
Nur Atiqah Syifa' - 5 thn
Cita-cita : Guru
Nurul Izzah - 6 thn
Cita-cita : Guru


Nur Fazlyn Aina - 4 thn
Cita-cita : Penghibur
Siti Khadijah - 5 thn
Cita-cita : Pensyarah


Siti Zulaiha - 6 thn
Cita-cita : Pendakwah


Muhd. Aiman - 5 thn
Cita-cita : Pegawai Polis

Alif Hazimi - 5 thn
Cita-cita : Pegawai Tentera
Mohd Syafiq Zamani - 5 thn
Cita-cita : Angkasawan


Mohd Iman Haiqal - 6 thn
Cita-cita : Profesor

Nurul Iman - 5 thn
Cita-cita : Doktor Gigi
Nur Dania Batrisya - 6 thn
Cita-cita : Doktor



Mohd. Adam - 5 thn
Cita-cita : Juruterbang



Maheshavarthini - 6 thn
Cita-cita : Doktor Gig 
Nur Farhana - 5 thn
Cita-cita : Pegawai Polis

Tivyalosini - 5 thn
Cita-cita : Guru
Empat Sekawan
Semoga persahabatan ini kekal selama-lamanya. Jumpa di universiti nanti.........

Taman Arked's Group
Semoga group ini akan kekal hingga ke universiti.

Saturday, 14 July 2012

Aktiviti Luar Kelas.....

Aktiviti ini dilakukan untuk menerapkan sikap kerjasama di antara kanak-kanak selain menvariasikan proses pembelajaran di dalam dan luar kelas.
 




  




 

 


Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai motif dan tunjang yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran harian di kelas. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan mengenai kebersihan di dalam mahupun di luar kelas. Ini adalah penting bagi membentuk peribadi kanak-kanak yang berintegriti tinggi. 
Pembelajaran bukan hanya dapat diperolehi di dalam kelas, malah di luar kelas pun kanak-kanak dapat menimba ilmu yang pelbagai.
Setiap aktiviti yang kanak-kanak lakukan pasti mendapat habuan pengakhirannya. Contohnya, setelah penat bergotong-royong, berpanas serta berpeluh kanak-kanak ini pasti berasa lapar. Jadi tidak salah untuk memasak makanan yang lazat-lazat untuk mereka.......