SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB TABIKA PERPADUAN TAMAN ARKED..TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI LAMAN WEB INI

Sunday, 23 September 2012

Menyiasat Alam Hidupan

                                                   
                                       ( AWAL SAINS)


                                 TARIKH :  20.9.2012 (KHAMIS)
                                 TEMPAT:   TAMAN JUBLI SG.PETANI
                                 MASA    :   9.00 - 11.00 PAGI.
                                 JUMLAH KANAK-KANAK : 17 orang

                                Fokus   : ST 3.0-Menyiasat Alam Hidupan
                               
                                Standard kandungan: ST 3.2, ST3.3

                               Standard Pembelajaran : ST3.2.1, ST3.3.1, ST3.3.5, ST3.3.2






                               Perkembangan emosi kanak-kanak


                                Menyiasat bagaimana cendawan tumbuh.



                               Perkembangan fizikal kanak-kanak




Saturday, 8 September 2012

Bermain sambil Belajar - 9.9.2012





FOKUS

Membina Kemahiran Sosial

STANDARD KANDUNGAN

Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi.

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Berkomunikasi secara bersopan dan berhemah dengan bimbingan.
2.  Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti.
3. Berkongsi barangan dan peralatan seperti permainan dan makanan.
4. Menunjukkan kemahiran bagaimana untuk menyertai sesuatu permainan yang sedang berlaku dengan
    bimbingan (play entry).

Sunday, 12 August 2012

ANEKDOT

NAMA MURID   : MOHD IMAN HAIKAL
UMUR                 : 6 TAHUN
TARIKH              : 13.8.2012  (ISNIN)
MASA                 : 10.30 PAGI
NAMA GURU    : CIKGU SALMAH BT BAHARI
ITEM                   : MENGENALI NEGARA MALAYSIA.


CATATAN:

Selepas sesi berbual mengenai Negara Malaysia , guru telah memberi peluang kepada semua murid untuk mengibarkankan bendera Malaysia sambil menyembut perkataan merdeka , merdeka, merdeka.  Tiba tiba Mohd Iman Haikal mengajak Mohd Shafiq , Nurul Izzah dan Nurul Iman bermain seperti tentera iaitu mereka berkawat beramai sambil menyebut kiri kanan, kiri kanan berselang seli dengan menyebut merdeka, merdeka, merdeka.  Hei... kawan-kawan mari kita semua menyebut 1 Malaysia....kata Nurul Iman kepada kawan-kawan.  Mereka pun menyebut beramai-ramai.

ULASAN :

Kanak-kanak boleh disemai dengan semangat patriotik , walaupun mereka tidak mengerti erti kemerdekaan sebenar . Perkataan MERDEKA, 1 MALAYSIA sudah cukup untuk kanak-kanak ini menyayangi negara.  Semangat dan nilai cintakan negara perlu diterapkan dalam P&P.


PENTAKSIRAN


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN  DI PRA SEKOLAH

1. MERANCANG -
    * Tahu tahu mentaksir
    * Tahu apakah kontruks yang ditaksir.
    * Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSPK.
    * Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan.
    * Tentukan intrumen(aktiviti atau strategi yang akan digunakan.
    * Tentukan bila hendak ditaksir.
    * Tentukan tempoh pemerhatian.

2. MEMBINA INSTRUMEN

    Berdasarkan Kontruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard prestasi , guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan.  Melalui pendekatan  pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti P&P.  Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka.  Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkann evidens bagi  lebih daripada satu kontrus.  Antara aktiviti yang lazim dijalankan ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz dan perbualan.

3.   MENTAKSIR

    Apakah yang diperhatikan

1. Tingkahlaku
    - mengurus diri sendiri
    - bermain bersama rakan.
    - membuat kolaj dalam kumpulan.
    - menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

2. Interaksi.
   - bacaan
   - nyanyian
   - main peranan
   - bersoal jawab
   - aktiviti berkumpulan.
   - interaksi berkumpulan/ projek
   - dengan diri sendiri
   - perbualan antara murid dengan guru./ orang dewasa.

3.  Proses dan Hasil Kerja Murid
    - lukisan
    - buku kecil
    - buku skrap
    - kraf tangan
    - lembaran kerja
    - membuat model menggunakan bongkah

Jalan-jalan Cari Ilmu di Giant - 18.7.2012

Bagi menvariasikan lagi aktiviti, kami membawa kanak-kanak tabika belajar sambil berjalan di Giant. Ini dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka.