SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB TABIKA PERPADUAN TAMAN ARKED..TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI LAMAN WEB INI

Sunday, 12 August 2012

ANEKDOT

NAMA MURID   : MOHD IMAN HAIKAL
UMUR                 : 6 TAHUN
TARIKH              : 13.8.2012  (ISNIN)
MASA                 : 10.30 PAGI
NAMA GURU    : CIKGU SALMAH BT BAHARI
ITEM                   : MENGENALI NEGARA MALAYSIA.


CATATAN:

Selepas sesi berbual mengenai Negara Malaysia , guru telah memberi peluang kepada semua murid untuk mengibarkankan bendera Malaysia sambil menyembut perkataan merdeka , merdeka, merdeka.  Tiba tiba Mohd Iman Haikal mengajak Mohd Shafiq , Nurul Izzah dan Nurul Iman bermain seperti tentera iaitu mereka berkawat beramai sambil menyebut kiri kanan, kiri kanan berselang seli dengan menyebut merdeka, merdeka, merdeka.  Hei... kawan-kawan mari kita semua menyebut 1 Malaysia....kata Nurul Iman kepada kawan-kawan.  Mereka pun menyebut beramai-ramai.

ULASAN :

Kanak-kanak boleh disemai dengan semangat patriotik , walaupun mereka tidak mengerti erti kemerdekaan sebenar . Perkataan MERDEKA, 1 MALAYSIA sudah cukup untuk kanak-kanak ini menyayangi negara.  Semangat dan nilai cintakan negara perlu diterapkan dalam P&P.


No comments:

Post a Comment