NAMA MURID : MOHD IMAN HAIKAL
UMUR : 6 TAHUN
TARIKH : 13.8.2012 (ISNIN)
MASA : 10.30 PAGI
NAMA GURU : CIKGU SALMAH BT BAHARI
ITEM : MENGENALI NEGARA MALAYSIA.
CATATAN:
Selepas sesi berbual mengenai Negara Malaysia , guru telah memberi peluang kepada semua murid untuk mengibarkankan bendera Malaysia sambil menyembut perkataan merdeka , merdeka, merdeka. Tiba tiba Mohd Iman Haikal mengajak Mohd Shafiq , Nurul Izzah dan Nurul Iman bermain seperti tentera iaitu mereka berkawat beramai sambil menyebut kiri kanan, kiri kanan berselang seli dengan menyebut merdeka, merdeka, merdeka. Hei... kawan-kawan mari kita semua menyebut 1 Malaysia....kata Nurul Iman kepada kawan-kawan. Mereka pun menyebut beramai-ramai.
ULASAN :
Kanak-kanak boleh disemai dengan semangat patriotik , walaupun mereka tidak mengerti erti kemerdekaan sebenar . Perkataan MERDEKA, 1 MALAYSIA sudah cukup untuk kanak-kanak ini menyayangi negara. Semangat dan nilai cintakan negara perlu diterapkan dalam P&P.
Sunday, 12 August 2012
PENTAKSIRAN
BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DI PRA SEKOLAH
1. MERANCANG -
* Tahu tahu mentaksir
* Tahu apakah kontruks yang ditaksir.
* Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSPK.
* Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan.
* Tentukan intrumen(aktiviti atau strategi yang akan digunakan.
* Tentukan bila hendak ditaksir.
* Tentukan tempoh pemerhatian.
2. MEMBINA INSTRUMEN
Berdasarkan Kontruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard prestasi , guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti P&P. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkann evidens bagi lebih daripada satu kontrus. Antara aktiviti yang lazim dijalankan ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz dan perbualan.
3. MENTAKSIR
Apakah yang diperhatikan
1. Tingkahlaku
- mengurus diri sendiri
- bermain bersama rakan.
- membuat kolaj dalam kumpulan.
- menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.
2. Interaksi.
- bacaan
- nyanyian
- main peranan
- bersoal jawab
- aktiviti berkumpulan.
- interaksi berkumpulan/ projek
- dengan diri sendiri
- perbualan antara murid dengan guru./ orang dewasa.
3. Proses dan Hasil Kerja Murid
- lukisan
- buku kecil
- buku skrap
- kraf tangan
- lembaran kerja
- membuat model menggunakan bongkah
Jalan-jalan Cari Ilmu di Giant - 18.7.2012
Saturday, 11 August 2012
Menyambut Hari Lahir Rakan - 17.7.2012
Aktiviti ini dilakukan di luar kelas. Kanak-kanak berasa sungguh gembira meraikan hari lahir tersebut.
Sukaneka Perpaduan Daerah
Subscribe to:
Posts (Atom)